Ahad, 5 Julai 2009

Pemuda UMNO Mesti Berani

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mesti berani membuat dan mencari satu kaedah bagaimana untuk menarik minat gulungan orang muda untuk mendekati UMNO. Ini kerana Pemuda UMNO dari ini seakan dilihat gagal untuk menarik gulungan muda anak-anak melayu mendekati UMNO dan turut sama berjuang mempertahankan kesinambungan kuasa melayu yang telah mula diganggu-gugat oleh segelintir manusia yang mementingkan kuasa dan kepentingan diri.
Gulungan muda hari ini amat mudah mempercayai dan dipengaruhi oleh cerita-cerita palsu dakyah parti pembangkang terutama pemimpin parti pembangkang yang berbangsa melayu dan beragama islam. Mereka tidak mampu menilai dengan baik antara fitnah dan pembohongan san kebenaran. Fakta-fakta asli tidak dipercayai,tetapi fakta-fakta palsu dakyah pembangkang terutama Anwar Ibrahim dianggap benar.
Sudah sampai masanya Pergerakan Pemuda UMNO Malysia terutama diperingkat pimpinan Pemuda Bahagian-bahagian mencari jalan dan kaedah bagaimana untuk membantu gulungan muda-mudi hari ini mendapat fakta sebenar.
Program-program yang berkaitan dengan minat muda-mudi hatus diperbanyak dan dalam masa sama ketua-ketua pemuda cawangan di berikan ilmu kepimpinan yang tulin. Semangat ketua-ketua pemuda di peringkat cawangan harus dipulihkan dengan apa cara sekalipun. Kelesuan pimpinan pemuda cawangan hari ini agak kritikal dan ia amat membimbangkan demi masadepan UMNO. Malah apa yang lebih penting adalah survivor kuasa melayu ditanah melayu ini WAJIB dipertahankan.
Kelekaan dan kealpaan pimpinan Pemuda akan membawa padah kepada seluruh umat melayu dimasa akan datang.
Salah satu perkara yang harus ada kepada pimpinan Pemuda UMNO hari ini adalah KEBERANIAN. Keberanian yang dimaksudkan bukanlah semata-mata berani bergaduh atau apa-apa perbuatan yang diluar peradaban bangsa dan agama. Tetapi Keberanian utama adalah keberanian untuk mencipta sesuatu kaedah yang luarbiasa yang mampu mempengaruhi muda-mudi untuk mendampingi dan berjuang bersama demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
Pimpinan Pemuda UMNO mesti mampu mendekati gulungan muda dikawasan masing-masing dan mampu menawarkan khidmat dan bakti kepada gulungan ini. Dalam masa sama Semangat dan jatidiri gulungan ini harus ditanam dan sentiasa dibaji dengan semangat yang waja. Diperkasakan dengan fakta-fakta kebenaran yang mampu menjana semangat cintakan parti, cintakan bangsa dan negara.
UMNO tidak mampu lagi menerima cerita-cerita pemuda UMNO cawangan gagal bermesyuarat kerana kegagalan mencukupkan korum...!
Pemuda UMNO sebenar nya mampu, saya amat yakin !, pemuda UMNO akan mampu mengulangi sejarah bertapa hebatnya sayap parti UM NO ini satu ketika dahulu..
Tetapi keyakinan ini akan mampu dicapai seandainya Pimpinan Pergerakan Pemuda di Semua peringkat terutama di Bahagian-Bahagian ingin berubah menjadi BERANI...
Saya cabar pergerakan pemuda...
Sebagai contoh mudah, Kalau tahun 2000 Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Seri Gading Mampu mengumpul 1000 ahli pergerakan Gempur Pemuda Bermotor, Mengapa tidak Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-Bahagian hari ini tidak boleh..
Sehubungan itu Ayuh...Buktikan bahawa Pergerakan Pemuda tidak akan lesu dan layu sepertimana yang parti pembangkang canangkan...
PEMUDA UMNO BOLEH..!!!